Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang.
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah dan kunia-Nya dapatlah menyempurnakan tugasan Aplikasi Komputer bahasa Melayu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Nur Farahkhanna Binti Mohd Rusli selaku pensyarah subjek Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu (BMP3093) ini atas bimbingan dan tunjuk ajar dan memberikan peluang kepada para pelajar untuk merasai pengalaman sehebat ini serta memberikan maklumat secara teliti berkaitan tugasan tersebut. Tidak lupa juga kepada Prof. Madya Dr. Adenan bin Ayob atas segala perkongsian nota dan ilmu serta tidak lupa juga ibu bapa saya dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam melaksanakan menyiapkan tugasan ini samaada secara langsung atau tidak langsung. Istimewa buat pensyarah-pensyarah yang dikasihi, ribuan terima kasih diucapkan atas segala ilmu yang dicurahkan, semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya. Tuntasnya, saya berharap maklumat berkaitan karangan fakta dan kaedah penulisan dapat memberi manfaat kepada para pelajar khususnya, untuk membina karangan dengan baik menggunakan kaedah-kaedah penulisan dalam karangan jenis fakta ini.